Search

Kunjung Hormat Di Pejabat YB Senator Hj Idris Ahma...

  • Share this:

Kunjung Hormat Di Pejabat YB Senator Hj Idris Ahmad

Di awal pagi tadi, saya berkunjung ke pejabat YB Menteri Agama sebagai kunjung hormat atas perlantikan YB sebagai Menteri Agama yang baru.

YB Senator Hj Idris Ahmad dan saya adalah rakan persekolahan seangkatan selama 7 tahun iaitu 3 tahun di Maktab Mahmud (1977-1979) dan 4 tahun di Kolej Islam Klang (1980-1983).

Semasa di Tingkatan Enam Atas Satu (Sejarah/Shariah), kami duduk bersebelahan. Dalam hiraki kepimpinan pelajar di tahun 1983, YB adalah bekas Timbalan Ketua Umum dan saya sebagai bekas Setiausaha Umum Badan Ketua Pelajar. Saya telah menamatkan pelajaran saya di KIK di tahun 1983 ke Universiti Kuwait sebelum saya sempat menduduki peperiksaan STPM.

Tahniah yang tidak terhingga kepada rakan dan sahabat saya YB Senator Hj Idris Ahmad di atas pelantikan sebagai Menteri Agama yang baru. Dalam sesi tadi, beliau menyampaikan beberapa perkara dasar yang MAIWP perlu perhatikan.

Di akhir sesi pertemuan, saya hadiahkan beberapa buku saya kepada YB Menteri. Semoga beliau sentiasa dimudahkan urusan menjalankan tugas dan tanggungjawab baru. Bittawfiq.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts